Cuaca pada tengah hari ini cukup panas. Sesuai untuk menyidai baju. Athirah Najwa baru sahaja menyidai baju yang baru dibasuhnya pagi tadi. Dia berharap agar baju yang dijemurnya itu cepat kering. Makanan tengah hari sudah disiapkannya. Juadah untuk hari ialah nasi putih, ikan keli masak lemak cili api, ikan keli masak sambal, sayur goreng campur dengan sambal belacan. Khas untuk suaminya, Haris Iskandar. Kesemua juadah tersebut adalah kegemaran suaminya. Baginya, Haris Iskandar tidak begitu memilih atau cerewet dalam soala makan. Sedang Athirah Najwa hendak masuk ke dalam rumah, tiba-tiba dia melihat Haris Iskandar keluar dari kereta pasukan. Agak kehairan juga dan terus melihat jam ditangannya.
" Awal dia balik hari ini. Mesti ada apa-apa yang buat dia balik awal," detik hatinya.
" Awal abang balik hari ini. Ada apa-apa yang berlaku atau yang mustahak ker?" soal Athirah Najwa apabila melihat Haris Iskandar di muka pintu.
" Petang ni saya gerak ke Kelantan. Lusa baru saya balik sini. Bawa pegawai ke sana sebab ada kes," kata Haris Iskandar lalu menuju ke bilik tidur.
" Thirah kemas baju abang yer. Abang rehatlah dulu," ujar Athirah Najwa lagi untuk melihat respon daripada suaminya.
" Tak apa la. Saya taknak susahkan awak. Saya boleh kemas sendiri," jawabnya tanpa melihat Athirah Najwa Haris Iskandar terus mencapai beg baju dan terus membuka almari untuk mengambil baju serta seluar. Tidak terlupa juga tuala mandi serta bedak dan minyak wangi untuk kegunaannya apabila di sana.
"Thirah ada masak makanan kegemaran abang. Abang makan dulu yer. Lapik perut dulu".
" Saya dah lambat ni. Awak makan je. Saya pergi dulu."
Belum sempat Athirah Najwa mencapai tangan untuk bersalam, Haris Iskandar terus berlalu pergi bersama beg baju tanpa mengucapkan apa-apa. Athirah Najwa melihat suaminya berlalu pergi dan terus masuk ke dalam kereta pasukan tanpa menoleh melihatnya. Hatinya berasa sayu dan sedih apabila dia diperlakukan sedemikian rupa. Kadang-kadang dia terfikir kenapa suaminya berbuat seperti itu kepda dirinya. Pada awal perkenalannya, Haris Iskandar merupakan seorang yang agak kelakar, suka tersenyum, penuh dengan gurauan sendanya tetapi sejak mereka berkahwin dua bulan yang lepas, dia melihat Haris Iskandar berubah sama sekali. Seolah-olah ingin menjauhkan diri daripada dirinya. Hendak melihat senyuman di bibirnya cukup susah apatah lagi untuk bercakap, dia hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Puas dia berfikir apa kesilapan serta kesalahan hingga menyebabkan suaminya berbuat demikian. Tanpa disedari air matanya mengalir deras ke pipi.
Haris Iskandar terus memandu kereta pasukan. Dia langsung tidak memandang isterinya. Dia tahu isterinya memandang tetapi dia buat tidak tahu dan tidak peduli. Hatinya berasa sakit apabila membuat Athirah Najwa sedemikian rupa tetapi ada sesuatu yang menghalang. Apatah lagi untuk mendekati isterinya.Hairs Iskandar selalu impikan untuk mendekati isterinya. Impikan belaian manja daripada Athirah Najwa tetapi dirinya tidak terdaya.
" Lambat sampai.Pergi mana?"
" Singgah isi minyak dulu. malas pulak nak singgah nanti. Baik isi siap-siap.Terus pergi jer. Nnati kalau nak berhenti pun hanya untuk ke tandas ataupun makan," kata Haris Iskandar lalu duduk di atas sofa yang disediakan di depan kaunter pertanyaan unitnya.
" Lapar tak?" tanya Yusuff.
" Lapar juga. kau macam tau-tau ja aku tengah lapar sekarang. Aku cuma makan pagi ja tadi," kata Haris Iskandar sambil mengusap perutnya yang tidak berapa boroi untuk menandakan bahawa dirinya dalam keadaan lapar.
" Geli aku bila tengok kau buat macam tu. Tunggu kejap, bukan kau balik rumah ke tadi? Takkan tak makan? Thirah tak masak ker hari ini?."
Haris Iskandar hanya mendiamkan diri apabila diajukan soalan seperti itu. Tidak tahu hendak menjawab apa. Takkan dirinya hendak cakap yang dirinya tidak sempat hendak menjamah makanan sedangkan masih banyak masa lagi untuk dia bergerak pergi menjalankan tugas malah Athirah Najwa juga ada berkata serta menyuruhnya agar dia makan terlebih dahulu tetapi dia menolak.
BERSAMBUNG..............................
tinggal jejak kasut tumit saiz 8 : merupakan karya PT..dah ada di blog PT iaitu http://hasil-karya-puan-teddy.blogspot.com..nie pun masih sibuk menyambung sambungan cerita sebab cuba sibukkan diri...tak sanggup mengalir air mata lagi.....
sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh