Memaparkan catatan dengan label kisah sedih PT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah sedih PT. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Oktober 2011

aku ceraikan kau....

salam
topik yang agak panas malam ni.....
"aku ceraikan kau"....
ungkapan yang paling menakutkan bagi seorang isteri....
PT pun cukup takut ungkapan tersebut apabila diucapkan oleh bakal suami nanti
kalau boleh biarlah perkahwinan kita berkekalan hingga ke akhir hayat...
kenapa PT tulis tajuk macam ni?
sebab PT terdengar satu berita daripada bekas teman lelaki PT bahawa kawan karibnya baru sahaja diceraikan oleh suaminya...
apabila PT terdengar berita tersebut agak sedih dan sayu sangat
sebagai wanita PT mungkin akan faham apa yang sedang dirasainya...
sedih, kecewa, putus asa...
semuanya..
PT bertanya punca penceraian tersebut...
dia cakap suami tuduh dia ada hubungan dengan lelaki lain
bukan setakat itu malah si suami selalu memukul si isteri...
sayu hati PT apabila mendengar hal tersebut....
PT terfikir adakah isteri dijadikan tempat untuk melepaskan rasa marah si suami???
tak disengaja air mata PT mengalir....
mungkin sebab PT merasainya keperitannya....
mungkin sebab PT pernah mengalaminya...
pada teman-teman blogger khususnya lelaki....
jangan la sesekali ungkapan ucapan tersebut dengan senang hati kerana kesannya amat mendalam kepada kaum wanita seperti kami...

tinggal jejak kasut tumit saiz 8 : bila terdengar khabar tersebut teringat kembali kisah dahulu...airmata kembali mengalir...ya allah...kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya...


sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

Khamis, 13 Oktober 2011

luahan hati PT..

salam...
PT dah tak tahu nak cakap kat siapa lagi...mungkin sebab PT ni memang tiada mak..kalau ada mak PT boleh la cerita semuanya kat mak..PT tak tahu la...bila kita buat kerja orang cakap macam-macam...bab pinggan mangkuk pun jadi isu..siap cakap dekat PT if pecah kena ganti satu set...bagitau harga lagi...PT lak jenis tak suka fikir sangat PT cakap ok...tapi bila pikir balik ada ke PT bagi pecah??? aduh...tolong la..benda kaca...kena la bawa hati-hati..PT sedar la diri ni hanya menumpang ja kat tempat kerja sekarang..apa yang PT buat sekarang ni semuanya salah...semuanya tak betul..lagi satu isu...PT ni jenis letak dalam sink semua pinggan yang PT guna lepas tu kutip la lagi dan rendam sekejap...tu pun tak sampai 20 minit...tetiba ada orang yang basuh..lepas tu cakap PT ni tau makan ja tapi basuh pinggan tak reti..yang masalahnya PT tak suruh pun korang basuh pinggan tu...PT just nak rendam ja..lepas tu PT basuh la sendiri..ni pula hal tolak-tolak kerja tapi semalam PT dah luahkan pasal kerja dekat bos cawangan PT...dia dengar je la dan cakap dia akan ambil tindakan...terus terang PT cakap PT cuma ada 2 tangan 2 kaki ja...bukan semua kerja PT boleh buat..lepas tu bab kenderaan...PT dengar banyak sangat pasal hal tu...tapi yang minggu ni la PT memang terasa sangat...ingat PT saja-saja duk lama-lama kat HQ...lepas tu cakap PT suka menyembang kat HQ..tolong sikit...PT pergi HQ ada kerja...bukan saja-saja nak menyembang...PT pun banyak kerja lagi nak buat..bila jadi macam tu terus terang la PT cakap PT rela naik bas dan jalan kaki jauh sikit untuk pergi hantar dokumen ke HQ daripada orang cakap macam tu kat PT..paling PT tak boleh tahan bila cakap PT ni tak ada kerja...cawangan PT paling relax..bila dapat hal tu memang sakit hati sangat..ig la PT ni betol-betol tak ada kerja baik PT datang opis mengadap blog ataupun facebook..nie nak mengadap facebokk pun susah apatah lagi nak update blog...tu pun curi-curi la nak update...ganti masa rehat PT sambung kerja...bukan PT nak cakap rajin buat kerja masa rehat tapi fikir la...kerja banyak..itu nak ini nak...semua nak segera..lepas tu siap cakap kenapa buat kabut semacam??? aduhh...tuhan bagi akal tengok la sendiri keadaan meja PT ni...penuh dengan fail-fail segera...dah la tanya macam tu siap tanya nak pergi mana tu??? Pt bukan nya jenis merayau sangat...if merayau pun dekat cawangan ambil dokumen dan tanya-tanya tentang hal kerja..dalam kerja kita memang tak boleh hepi-hepi ker?? kena serius ker?? terus terang PT cakap PT cukup-cukup tertekan kat sini...hajat nak berhenti cari kerja lain tapi zaman sekarang susah sangat..hampir semua PT buat tapi seolah-olah apa yang PT buat sekarang tak dihargai..apatah lagi hal semalam...ya allah...hancur hati ini...PT ada perasaan...ada hati..ada naluri..tolong la layan PT sebagai manusia dan perempuan..kalau nak buat macam tu baik tak payah ajak PT keluar...PT keluar seolah-olah jadi macam tunggu kayu..seolah-olah PT ni tak wujud..kalau PT tahu macam tu baik PT tak ikut...PT rela dok opis buat kerja..rasa-rasa ada ke bos-bos cari syarikat lain sudi ambil PT jadi pekerja?? wahh...berangan kan PT ni..orang asyik kutuk PT..hina PT tapi PT yang mampu buat sekarang diam, senyum dan cakap "ya encik"..PT tak tahu la dah berapa banyak air mata PT ni mengalir sejak PT bekerja kat sini..mungkin jika dikumpul air mata PT ni cukup untuk menyuburkan tanaman sebab cukup banyak...dalam seminggu mesti 2 atau 3 hari PT mengalir airmata..PT kerja dekat sini hampir 2 tahun..banyakkan airmata PT mengalir..luaran nampak positif tapi dalaman penuh dengan negatif..jadi kita diam sahaja..

tinggal jejak kasut tumit saiz 8 : ni menulis pun airmata tetap mengalir...selamat bos tak ada...tapi ntah la...maaf la entry kali ni cukup panjang...PT dah tak tahu nak luah kat siapa lagi..tu pun hanya 10% sahaja yang mampu PT cerita..PT tak mampu nak luahkan semuanya..PT taknak korang fikir PT ni mengada-ngada..cukup la korang hanya kenal PT sebagai "CIK TEDDY" yang periang dan suka tersenyum..

semuanya silap..sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

Template by:

Free Blog Templates