Memaparkan catatan dengan label puitis sedih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puitis sedih. Papar semua catatan

Ahad, 25 September 2011

sayangku

sayangku
ku tahu puncanya kau pergi meninggalkan diriku
kerna dirimu sudah ada pengganti diriku
itulah sebabnya dirinu pergi meninggalkanku

mana pergi janji manismu
dulu pernah menyatakan akan setia sehingga ke akhirnya
serta menjaga hati demi cinta ini

ku tahu ku tak biasa
tanpa dirimu berada di sisiku
namun ku tak berdaya
untuk merebut dirimu daripadanya

kini ku sendiri
berjalan keseorangan
tanpa ditemani kekasih hati
serta dihantui kenangan lalu

diriku merindui kenangan lalu
ingin merasai kembali belaian kasih darimu kepadaku
semoga suatu hari nanti
aku akan kembali berada bersamamu seperti dahulu

tinggal jejak kasut tumit saiz 8 : layan cerita diva@1 sambil blogwalking

sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

Jumaat, 16 September 2011

kasihku tetap abadi

dirimu yang pertama dihatiku
juga yang paling kusayangi
kasih sayangku tak mungkin berubah
hanya untuk dirimu sahaja


walaupun kini kita berpisah jauh
tetapi perasaanku terhadapmu tak pernah berubah walaupun sesaat
perasaan ini tak pernah hilang
ianya tetap akan bersama buat selamanya


dirimu satu-satunya
sentiasa ada bersama
kasihku yang abadi hingga ke akhir hayat
kasih ini tetap suci dan abadi bersama kita


dirimu sentiasa dihatiku
tiada pengganti terhadap dirimu
hanya dirimu sahaja yang bertahta di hati
walaupun dirimu kini sudah tiada
ianya tetap tiada pengganti untuk dirimu


kasih sayangku kepadamu
tidak akan pernah hilang dan berubah
cintaku tetap abadi kepadamu
sehingga ke akhir hayat


tinggal jejak kasut tumit saiz 8 : susahnya bila incik laptop rosak...nak update mimang slow la jawabnya...huhuhuhu
 
sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

Sabtu, 4 Jun 2011

jalan terakhir

tak perlu engkau menghampiri diriku
tak perlu engkau manyakinkan diriku lagi
biarkan semuanya berlalu kenangan kita bersama
ianya hanya luka yang amat menyakitkan di hati ini
segala janji dikau telah mungkiri
akhirnya dikau haruslah menerimanya

tak perlu memujuk hatiku lagi
tak perlu diterangkan segalanya
hadapinya dengan kerelaan jiwamu
bahawa kita tidak ditakdirkan untuk bersama

kenapa kita berjumpa
dan ahkirnya kita berpisah
sedangkan aku menginginkan
dirimu bersamaku buat selamanya

segala yang pernah berlaku antara kita
tak perlulah kita menyesalinya
kerana ianya sudah menjadi suratan takdir daripada-Nya

segala yang pernah berlaku antara kita
ianya mendewasakan diri kita
akhirnya kita membuat satu keputusan yang tak diduga
bagi diriku mengenali dirimu merupakan satu kesilapan
biarlah diriku sendiri tanpa kehadiranmu.....

tinggal jejak kasut tumit saiz 8 : da lagi satu nak buh but pelan-pelan la.....

sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

Isnin, 30 Mei 2011

sempat memiliki

dahulu dirimu pernah berkata
walau apapun yang berlaku
dirimu sentiasa menemani dan berada disisiku

dahulu dirimu pernah meluahkan
apa yang dirasa bila bersama denganku
ternyata hatimu hanyalah untukku

kini dirimu pergi jauh meninggalkan diriku
tanpa kerelaanmu...tanpa kerelaanku
diriku hancur dan terluka tanpa disedari
kerana dirimu merupakan nafasku

seringkali kuteringatkan dirimu
seringkali bayanganmu hadir dan menghantui di mindaku
tidak kira siang mahupun malam
diriku masih terasa dirimu tetap berada setia disisiku

walaupun dirimu kini berada dengan-Nya
diriku tidak pernah sesekali menyesalinya
malah diriku berasa bangga dan beruntung
kerana diriku sempat memilikimu sepanjang hayatmu.........

tinggal jejak kasut tumit saiz 8 : hurm...ok ke tak yer...macam belit-belit cikit ayatnya...kena asah gi otak dan akal nie untuk idea yang menarik dan mudah difahami....

sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

Sabtu, 7 Mei 2011

ku berserah....

awak....
saya masih ingat first time kita jumpa....
time tu saya hantar awak sebab awak memerlukan seseorang untuk hantar awak ke sesuatu tempat....
time tu lak saya je yang tinggal....
nak tak saya tetap kena hantar....
first time tue juga la saya cakap dengan awak....
suka tengok awak sebab awak comel sangat....
perangai awak pulak macam budak-budak....
sentiasa senyum....
awak layan je apa yang saya cakap.....
patut la ramai member-member saya cakap awak ni comel dan manis macam gula.....

awak....
saya masih ingat gi bila awak amat memerlukan seseorang untuk hantar awak ke sesuatu tempat....
saya sudi menghantarnya walaupun ramai gi yang nak menghantar awak....
but diorang saja minta saya hantar sebab saya masih lagi single dan awak pun masih lagi single.....
dalam hati memang happy sangat....
dapat berjumpa awak lagi....
dapat bercakap dengan awak lagi....
dapat tengok senyuman awak lagi....
time tu pulak awak mengenakan kebaya bewarna merah jambu...
memang sesuai sangat dengan awak yang comel tu....
comel macam teddy bear...
nak je saya peluk awak time.....
tapi tak boleh sebab awak belum lagi hak milik saya secara sah lagi.....
sejuk je saya tengok awak datang sambil tersenyum....

awak....
saya suka tengok muka awak yang merah-merah bila awak tengah malu tu....
awak nampak comel sangat...
agak tergugat juga iman ni bila awak macam tu...
time member-member saya mengusik awak...
tapi agak terkilan jugak bila awk cakap macam tu....
saya tak pasti la sekiranya apa yang awak cakap tu betul atau tidak....
tapi saya sedar....
awak takkan pilih saya sebab pekerjaan saya....
lagi pun saya ada terdengar yang ada sesetengah lelaki yang bekerja dengan awak suka dekat awak....
mesti awak pilih dia bukan saya.....

awak...
saya rasa sedih sangat bila dapat tahu yang awak dah bertunang....
tapi salah saya juga sebab tak bagitahu dekat awak....
itupun saya tahu daripada member-member saya....
cukup terluka pada masa itu sampai saya tak sanggup berhadapan dengan awak...

awak....
saya tak berani bersua dengan awak....
saya takut...
saya sedih....
maafkan saya kerana berkelakuan seperti itu terhadap awak....
tetapi apakan daya...
hati saya terluka bila mengenangkan awak yang sudah dimiliki oleh orang lain....

awak....
saya doakan awak bahagia bersama dengannya....
dengan pilihan hati awak....
mungkin kita hanya kawan...
takkan akan lebih daripada itu...
saya akan cuba belajar untuk menerima hakikat.....
selebihnya....
yang saya mampu sekarang hanyalah......
ku berserah......



p/s : sambungan daripada "andai ini takdirnya".....but versi lelaki...yang tue versi perempuan.....

sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

Isnin, 2 Mei 2011

andai ini takdirnya....

awak....
masih ingat tak lagi mula-mula kita berkenalan....
secara tak sengaja.....
masa tu saya menaiki kereta yang dipandu oleh awak,..
walaupun baru pertama kali kita bercakap dan berbual.....
ianya seperti sudah lama kita mengenai antara satu sama lain....
cukup banyak yang diperbualkan oleh awak sampai saya menjadi rimas....
dan awak pula tak henti-henti memerhati gelagat saya.....
terasa seronok ketika itu....

awak....
ingat tak lagi bila saya terpaksa pergi ke suatu tempat dan memerlukan seseorang untuk membawa saya ke tempat itu....
tak sangka pula awak yang akan menghantarnya....
terus terang saya cakap saya cukup gembira....
tapi tak berani nak bagitahu kat awak....
saya kan perempuan.....
tetapi saya perasan yang awak pun seperti seronok bila melihat saya...
dari jauh saya berjalan ke kereta saya perhatikan yang awak tersenyum....
awak nampak comel sangat...
geram tau dibuatnya.....

awak...
saya masih ingat lagi bila kawan-kawan awak cuba "menjodohkan" awak dengan saya....
ia-ia ja saya cakap saya tak nak tapi sebenarnya saya nak.....
tapi saya takut awak taknak dekat saya....
saya ni kan tak lawa, gemuk....
mana sesuai dengan awak yang kulit putih, comel.....
tapi entah la awak.....
saya tak berani nak luahkan semua tu....
takut juga awak ada pilihan lain....
biar la saya dengan angan-angan saya ni....

awak.....
saya telah selamat dijodohkan dengan lelaki pilihan saya....
majlis kecil-kecil je.....
perkenalan saya dengan lelaki tersebut hampir menjangkau ke tiga tahun.....
tidak mempunyai sebarang perasaan cinta atau dipanggil "pasangan kekasih"..
doakan agar jodoh saya dengan lelaki pilihan saya berpanjangan hingga ke akhir hayat....
ramai yang tak sangka yang saya akan bertunang.....
sebab saya ni kan seperti budak-budak.....
dalam diam ada yang sedang memerhati dan ingin mengambil saya menjadi suri dalam hidupnya....

awak....
kenapa selepas saya bertunang awak seolah menjauhkan diri
saya ada buat salah ke kat awak?
saya mula bertanya kepada kawan-kawan awak secara kiasan...
akhirnya saya mendapat tahu bahawa awak sebenarnya ada hati kepada diri saya...
tapi malu hendak memberitahu perasaan tersebut kepada saya....
agak terkejut juga dibuatnya bila mendapat tahu hal ini....
malah selepas awak mendapat tahu saya bertunang awak kecewa...
kecewa kerana tidak meluahkan perasaan tersebut kepada saya dari dulu lagi....
malah saya juga merasainya sebab saya pun sebenarnya mempunyai perasaan yang sama kepada awak....


awak.....
kalu bole saya nak macam dulu....
kita boleh berbincang dan bercakap.....
bergurau-gurau.....
bukan seperti sekarang....
setiap kali berjumpa awak akan melarikan diri daripada berjumpa dengan saya....
saya sedih.....
sedih sangat....
saya faham apa yang awak rasa sekarang
sebab saya pun merasakannya...
tetapi awak.....
andai ini takdirnya......
kita harus dan cuba menerima hakikat....
biarlah ianya menjadi kenangan terindah kepada kita berdua....
mungkin pada masa ini saya bukan milik awak...
saya bukan yang terbaik untuk diri awak....
tetapi awak kena faham dan menerima bahawa ada yang sedang menunggu diri awak.....
yang terbaik untuk awak......
cuma antara cepat atau lama.....
saya harap awak dapat menerima takdir ini seadanya.....

Template by:

Free Blog Templates