Rabu, 4 Mei 2011

kisah cinta....

teringat waktu mula perkenalan kita dahulu....
betapa malunya dirimu menyambut salam dariku....
dirimu yang tersimpul malu bila mendengar usikkan daripada rakan-rakanku mengenai perwatakanmu yang masih lagi kebudak-budakan....
diri ini hanya mampu memberi senyuman kepadamu....
bagi diriku....
dirimu kelihatan begitu istimewa.....
ada sesuatu yang istimewa yang menarik diri ini ingin mengenai dirimu dengan lebih dekat....

teringat waktu mula kita keluar "dating"....
masa tue dirimu tidak sihat tetapi tetap sudi keluar denganku.....
keadaan dirimu yang sedikit pucat membuat diriku menjadi tidak keruan.....
bimbang sekiranya kesihatan dirimu menjadi semakin teruk.....
banyak kali diri ini bertanya sekiranya dirimu tidak selesa......
tetapi dengan senyuman yang cukup menawan yang diberikan oleh dirimu sambil menyatakan dirimu tidak apa-apa.....
tetapi perasaan risau pada masa itu tetap ada dan menebal....
ingin sekali kunyatakan pada masa itu sekiranya kesakitan yang dialami olehmu biarlah diberikan kepadaku....
biarlah diriku sahaja yang menanggung menderitaanmu....

teringat sewaktu mula diri ini melafazkan perasan kepada dirimu....
diri ini melihat dirimu seolah-olah berat hati untuk menerimanya....
sambil memegang erat pergelangan tanganmu.....
ku menerangkan kepadamu bahawa berilah diri ini peluang untuk mengasihi dan menyayangi dirimu.....
dengan linangan air mata yang mengalir di pipimu......
dirimu menyatakan bahawa pada mula kita bertemu dirimu ingin mengenali diriku dengan lebih dalam....
dan pada saat ini dirimu merasakan bahawa dirimu sudah mula menyayangi diriku....

teringat sewaktu mula ku berjumpa dengan ahli keluargamu....
agak gemuruh juga diri ini....
risau sekiranya diri ini tidak layak untuk menyunting dirimu untuk menjadi isteriku....
tetapi berulang kali dirimu memujuk diriku supaya bersabar dan berterus terang.....
ku ingat lagi pesanan darimu yang membuatkan diriku menjadi berani untuk berterus terang kepada ibu bapamu mengenai hajatku.....

teringat sewaktu kita berdua ditunangkan....
diri ini tidak menyangka majlis yang dibuat oleh keluargamu begitu besar dan meriah.....
terasa diri ini begitu kerdil....
tetapi seluruh ahli keluargamu dapat menerima diriku....
diriku berasa sungguh gembira dengan layanan yang diberikan oleh ahli keluargamu....

untuk dirimu yang amat disayangi...
sebaik sahaja lafaz akad nikah kuucapkan...
sebaik sahaja dirimu menjadi milikku yang sah....
percayalah....
tidak akan ku persiakan dirimu....
akan kusentiasa menyayangi dan mengasihani dirimu.....
selagi diriku masih hidup....



sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

2 ulasan:

Diari Si Froggie berkata...

nicenye entri nie..
manis percintaan uh..

Tanpa Nama berkata...

wahh , nice uh ! sm0ga bhagia slalu ! :)

Template by:

Free Blog Templates