Ahad, 2 Oktober 2011

mengambil hati anak encik nuffnang ikut cara encik beritagempak

 salam...
petang ni kita buat entry ringkas dan padat.....
ramai yang resah gelisah memikirkan bagaimana nak memikat hati si kecil BE Encik Nuffnang kan?
jadi PT tunjukkan salah satu otai kita memberikan tips bagaimana nak memikat si kecil dan comel nie....
otai yang dimaksudkan ialah encik beritagempak....
di blog beliau ada menunjukkan tips-tips memikat ni....
jadi dengan rasa rendah dirinya PT memaparkan tips-tips dari beliau di blog PT yang serba kekurangan ni...
harap otai beritagempak mengizinkannya.....

Tips Dapat BE Nuffnang

Ok selepas beberapa post tutorial blogspot dan wordpress sebelum ni aku berkongsi pasal cara menaikkan traffik, cara bermain seo, keyword mesra seo, kali ni aku nak bincang dan berkongsi tips dapat BE Nuffnang pula. Ramai jugak la blogger yang merungut sejak kebelakangan ni nuffnang jarang nak bagi BE dan banyak jugak la di antara mereka dah beralih kat pengiklanan yang lain, tumpu kepada churp-churp dan masih ada lagi yang setia dengan nuffnang. Setia?? WOW!!
Untuk tips dapat BE Nuffnang ni pesanan aku satu jer, percaya dan yakin kepada nuffnang. Aku redah jer, dia nak bagi ke tak nak ke peduli ape kan. Asalkan aku puas hati dengan visitor yang masuk ke blog aku nih. Ada jugak yang menghargai penulisan aku yang tak seberapa nih. Ok la sebut pasal Tips Dapat BE Nuffnang nih, banyak cara sebenanrnya untuk dapat BE nih, tapi tak semestinya kalau buat semua cara-cara ni akan dapat BE terus k. Kena banyakkan bersabar la. Tu je aku boleh bagi nasihat, ok ni tips dapatkan BE :

Ni di antara 4 Tips Dapat BE Nuffnang :

1) Update Survey
Rasa-rasa anda semua ada buat tak benda ni? Kalau tak pernah tu memang susah la BE nak naik, tapi ada jugak orang yang rajin update survey tapi tak jugak dapat BE. So tips dapat BE Nuffnang ni aku tak jamin la leh confirm dapat BE. Cara nak update survey masuk laman nuffnang, lepas tu klik bahagian Pengurus blog. Dekat situ nanti klik kemaskini tinjauan lepas tu update la yang mana patut. Paling penting dekat bahagian huraikan mengenai blog anda tu. Kalau dah takde ayat nak karang cerita je la pasal blog anda, pastikan betul dan tepat. Jangan tipu plak sebab orang orang akan check dulu blog anda sebelum bagi BE. Ok tak jamin la dengan cara ni anda semua akan dapat BE, cuma kita berusaha kan. Tak salah kan kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu dari tak buat apa-apa.

2) Selalu Hubungi Nuffnang
Ada kan ruangan hubungi kami? Sebab nak hubungi nuffnang adalah untuk pastikan anda peka dengan perkembangan semasa nuffnang. Jadi diorang akan tahu bahawa blog anda sentiasa dikemaskini. Tak tahu nak tanya ape ek? Ok, tanya la pepe pun contohnya kenapa blog saya tak dapat BE ? dan kalau status glitterati hilang, tanya la sebab kenapa boleh hilang. Tak fasih english? Bahasa melayu pun boleh la. Diorang kan Malaysia jugak..

3) Traffik Blog Maintain
Ok yang ni agak penting la di antara tips dapat BE Nuffnang yang aku bagi. Orang yang buat iklan tu nak tengok jugak sama ada blog tu traffik maintain ke tak. Kalau tak silap diaorang akan tengok data traffik blog anda kat nuffnang, baru la bagi BE. So dalam kes ni, ak tak syorkan anda semua guna shoutmix untuk dapatkan traffik. Benda ni dah berlaku pada blog lama aku. Traffik memang mengancam tapi tak kekal lama. Belajar SEO betul-betul nescaya traffik blog anda pasti akan datang dari search engine. Keyword mesra SEO tu paling penting.

4) Kenali Blog Anda
Ok dah tak tau nak pikir ape lagi, ni last tips. Tips ni ada kaitan degan no.1 sebab anda perlu kenali betul-betul blog anda tu masuk kategori mana. Dulu aku pernah tanya pihak nuffnang pasal BE ni, jawapan dia adalah update survey dengan betul dan tepat dan pastikan anda tahu blog anda masuk kategori mana. Sebab publisher akan bagi BE kepada sesebuah blog yang ada kaitan dengan kempen yang mereka adakan. Dan jika mereka berminat dengan konsep blog tu, dah sama dengan apa yang diceritakan dalam bahagian kemaskini tinjaun mereka akan bagi BE. Tu la yang aku paham pasal nih. Jadi aku pun cerita la kat situ blog aku nih pasal berita,gossip artis dan tips berguna.
OK tu jer. Motif sebenar aku nak bagitau bahawa blog nih dah dapat BE petang tadi yang pertama selepas 2 minggu aktif berblogging tolak 1 minggu aku set up semua plug-in wordpress nih. Alhamdulillah..
Ni gambar BE yang aku dapat :
Untitled2 300x167 <!  :en  >Tips Dapat BE Nuffnang<!  :  >

Tips Dapat BE Nuffnang
BE ni aku dapat petang tadi (7 Jun 2011), kira masuk minggu ni adalah minggu ke 3 hosting aku ni ditubuhkan. So sebab tu la aku kongsikan tips dapat BE Nuffnang kat atas tuh. Blog lama aku pun ada BE tapi aku dah tak guna blog tu dah. Biarkanlah BE kat blog lama tuh =)

tinggal jejak kasut tumit saiz 8 : buat masa ini hanya memaparkan cara-cara memikat daripada otai-otai kita...selepas habis semua baru tunjukkan cara memaikat PT pula




sudi-sudi la clik yer...tulun cukupkan duit kawen puan teddy..thankz...cayunk korang...muahhhh

5 ulasan:

Uji Hussein berkata...

Sis main redah je.Kadang time traffic low dpt 2,3 BE.Time traffic tinggi satu pun tak.Nape ntah.

NiGhTiNaNgLe_FARA berkata...

alaa..nak follow blog pt tapi tak jumpe tempat nak follow..umm...

M Firdaus Mohd berkata...

kalau ikutkan, saya hari2 update survey tu, tapi redah je la kan, isi je semua benda alah tu.ahaha. anyway, thx for this info!

ME CTCT berkata...

kamu selalu dapat B.E kan..memang nuff syg kamo lah...ct update survey pon,cmtu gk,xgerak..hahaha...its oklah...xdpt B.E pon, just iklan penyeri blog pon jadi lah :D

budak.mata.empat berkata...

dah daftar tp tak tepek2 lagi kat blog...line lembab mcm haram bila bukak nufnang...Y_Y